Tuesday, May 3, 2011

Kronologi: Menjawab Isu Yang Dilemparkan Kepada HISBAH Tidak Berhikmah




Muqaddimah

Anggota Unit HISBAH Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) sesi ini tetap berpegang dan kosisten dengan etika yang telah dibuat oleh Unit HISBAH antaranya tidak membuka rahsia dan aib mereka-mereka yang telibat dengan kes-kes hisbah. Namun, sekarang ini isu Siswa Akademi Quran (AQ) Zagazig mengadakan mesyuarat dan sengaja melanggar etika hisbah telah mendapat perhatian meluas kerana diletupkan oleh mereka sendiri.


Tujuan penerangan ini dibuat bukan untuk mempertahankan mana-mana individu dalam Unit HISBAH. Tetapi lebih penting tujuannya untuk menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan kian merumitkan angkara beberapa individu ahli yang berhati busuk dan tidak suka melihat kesatuan mahasiswa Islam di Zagazig ini berada di bawah satu rumpun. Bukan juga untuk membalas tuduhan yang dilemparkan kepada anggota Unit HISBAH yang setia melaksanakan tugas hisbah di atas prinsip “amar makruf nahi mungkar”. Justeru Unit HISBAH tidak peduli tuduhan dan kata-kata kesat semua itu kerana ia menjadi sunnatullah dalam menegakkan kebenaran. Bahkan baginda SAW sendiri menerima herdikkan dan cacian lebih dahsyat dari apa yang hisbah terima, sehingga ada orang musyrikin Quraisy menuduh Baginda SAW sebagai tukang sihir dan ‘majnun’(gila).

Kronologi

Pada malam tersebut ketua Unit HISBAH menerima dua panggilan telefon daripada dua orang ahli yang prihatin atas dasar tidak suka melihat kemungkaran (ikhtilat) berlaku dikalangan warga DPMZ.

Selang beberapa minit selepas itu, ketua Unit HISBAH DPMZ telah mengarahkan kepada beberapa orang anggota Unit HISBAH supaya pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan tujuan menyatakan kesalahan mesyuarat yang diadakan itu telah melanggar etika hisbah.

12.15 pagi - Beberapa anggota Unit HISBAH telah membuat serbuan ke rumah tersebut dan didapati ramai mahsiswa dan mahasiswi masih berkumpul tanpa mutazawwijin (pasangan berkahwin) dengan alasan hendak bermesyuarat. Anggota Unit HISBAH telah memberi nasihat dan teguran supaya mesyuarat tersebut berhenti serta merta dan beredar pulang ke kediaman masing-masing. Salah seorang ahli mesyuarat tersebut telah mengatakan bahawa “terima kasih ustaz, dakwah ustaz dah sampai” dengan nada sinis. Tindakan individu tersebut menggambarkan itulah sebenarnya kebiadaban mereka kerana telah 'menganjingkan' seruan dakwah yang disampaikan kepada mereka. Setelah itu, seorang ahli mesyuarat (akhawat) telah bertindak agresif dengan mengunci pintu grill imarah tersebut. persoalannya siapa dan pihak manakah yang tidak berhikmah dalam situasi in???

Disebabkan tindakan mereka sedemikian yang tidak professional, pihak Unit HISBAH mengambil keputusan untuk berundur guna menyusun kembali dan berbincang dengan ketua Unit HISBAH yang ketika itu tidak bersama dalam serbuan tersebut.

12.53 pagi - Serbuan kali kedua dijalankan diketuai oleh ketua Unit HSBAH dan Pengerusi DPMZ dengan tekad supaya mereka bersurai dan serbuan kali ini lebih tegas berbanding serbuan yang pertama. Setelah 3 kali pintu diketuk dan kemudian diminta untuk berhenti bermesyuarat, alhamdulillah semua ahli mesyuarat pun serta merta bersurai.

Antara babak kata-kata yang terkeluar oleh ketua unit hisbah yang menjadi kontrovesi “binatang pun ada peraturan”. Maka kata-kata tersebut disalah ertikan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Kata-kata tersebut tidak bermaksud untuk menyerang mereka dengan kalimah seperti binatang. Apa yang dimaksudkan oleh ketua Unit HISBAH itu untuk memberi peringatan dan perumpaan tersebut supaya mereka berfikir secara lebih waras dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pimpinan kepada mahasiswa Malaysia di Zagazig khususnya dan di Mesir amnya. Persoalannya kenapa mereka berasa sedemikian??? Di sini timbul kehairanan, kerana tiba-tiba mereka melenting dan terasa seolah-olah orang yang makan lada lalu terasa pedasnya. 

Hikmah itu tidak semestinya lembut dan sopan santun. Adakalanya hikmah itu bersifat tegas dan kasar mengikut situasi. 

1.30 pagi - Mesyuarat itu telah berjaya disuraikan. Unit Hisbah agak terkejut apabila mendapati seramai hampir lebih kurang 20 orang ahli mesyuarat yang terlibat pada malam itu termasuk beberapa orang dari Kaherah.

Sepatutnya setiap di antara kita mesti menyokong pendekatan hisbah yang mesra syariat ini. Jangan sesekali kita menggunakan lidah Yahudi mengkritik hisbah yang merupakan sebahagian daripada keindahan agama itu sendiri. Adalah tidak layak bagi seorang Muslim menghina ugama mereka sendiri. Bantulah kerja-kerja agama ini, sebaliknya jangan kita membantu dan memudahkan kerja-kerja syaitan

Penutup

Pihak Unit HISBAH mengharapkan selepas ini, tiada lagi spekulasi-spekulasi sebagaimana yang dicetuskan oleh individu-individu tertentu yang implikasinya cukup buruk sehingga boleh merobek kesucian tautan ukhwah yang sekian lama terbina dalam kalangan kita.

Disediakan oleh:
Anas Zharif Bin Harun,
Ketua Unit Penerangan HISBAH DPMZ.
Sesi 2010/2011.

57 comments:

  1. fuck dpmz..buat kat malaysia la kalau berani..balik malaysia jadi anjing suruhan gak..xde kesan pun..lagi bagus budak2 yg belaja agama kat jordan n syria..kerja cemerlang..dari mesir hampeh..xefektif buat kerja..

    ReplyDelete
  2. fifie.. dpmz buat krja nk jga ahli2 di mesir spaya x mlanggar syariat.. spatutnya brtrima ksih la.. dgn adanya skelompok golongan yg mngamalkan amar makruf nahi mungkar.. skurang kurangnya.. insyaallah.. allah x timpakan bala.. nk harapkan fifie pi tgur org yg wt ikhtilat?? boleh ker??

    ReplyDelete
  3. buat ikhtilat pe bendanya??? klu duduk tempat terang dan berkumpul ramai2..nk buat camne ikhtilat...buka minda ok dr faiz kite ni besok akan kerja berkumpulan bile dah jadi dr..klu xde communication skill antara dr laki n perempuan macam nak berinteraksi..dlm dunia ni mana ade kerja dgn same kaum je..balik malaysia nanti macam2 kaum ade..so pikir kan k..jgn nk fitnah sgt la klu duduk ramai2..sblm nak nasihat org cermin diri dulu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam..ni pendapat gua sebagai ahli CYBER SYARQIAH

    dalam hal ni,bg gua dua2 salah...1st tntg AQ ni..agak2 la korang pn nk meeting smpi lewat mlm..siang2 leh meeting ape..kn lebeh elok sbb nk elak kn fitnah
    2nd lak DPMZ...niat tuk amal makruf nahi mungkar 2 mmg baik..tp tgk zuruf die mcm mn..bg gua la..stkt nak meeting 2 xde mslh selagi xbuat bnd yg bukan2...gua pn yakin xkn dorg nk buat bnd yg bukan2 kan..klo nk hrpkan mutazawwijin je ssh gak..dorg pn ade komitmen lain...lg pn meeting berjam2 mau panas punggung pakdem2 ni..hehe...

    ni gua nk bg cadangn ckt la...lps ni klo ade mn2 NGO yg nk wt meeting kena bg tau dlu DPMZ..tp DPMZ jgn terlalu shadid plak...kdg2 sbb terlalu ketat sgt undang2 tu yg jd dorg tkt nk mntk izin...ni lg 1...gua rs artikel lps2 ni jgn la sebut or letak name2 NGO @ nama2 yg berkenaan...sbb mgkn akn mengeruhkn lg keadaan..

    ReplyDelete
  6. bagus gengkapak sebab berpikiran rasional dan menggunakan otak dalam hal ni..makluman geng kapak klu siang sume ajkt ade clas..jadi mase yang free hanya la pada waktu malam..kls medical dgn agama xsame waktunya..kbnykn hbs waktu petang bg medical jadi harap maklum..klu nk trbitkn artikel tu xpyhla nk letak name NGO..kalau ikutkan hati bawak masuh mahkamah boleh disaman tp disebabkn xmau keruhkan keadaan biarla habis dalam ini je..lain kali nk tulis berlapik sikit..kata belaja agama xtau ke hukum klu menyakitkn ati org atau tulis benda2 fitnah..harap maklum..dpmz hnye organisasi bukan pertubuhan yang diiktiraf oleh krajaan jd harap maklum..jgn nk buat peraturan sgt la..jpa dgn mara dan amanah raya pun xde bg peraturan ketat2 ni kan dpmz..ap hak anda..pikir2 kan..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya sokong pndapat mad..saya sndiri tlah brdaftar sbg ahli AQM, PCZ maupn DPMZ..saya x mau berpihak mana2 pihak..tp dari sini saya dh bleh nmpak tahap kematangan msing2 x kisah la dri mana2 pihak pn..so x prlulah nk beleter pnjang lebar lg..msing2 bleh fikir sape yg baik atau sbaliknyer..x perlulah mmburuk2 kan mana2 pihak..kalo nk menegakkan kebenaran..byk cara die..dan spatutnyer mereka yg diberi gelaran ustaz lebih arif mngenai ni..jgn dgn cara begini, org bleh ilang respect trhadap glaran tu..saya x rasa cara ni mrupakan cara terbaik utk mnjernihkan keadaan..kalo begini laa cara nyer, smpai biler2 pn x settle..kan bgus kalo kedua2 pihak bawak duk berbincang dn selesaikan perselisihan faham ni..dan tlong jgn hanya krana AQM bkn bawah naungan DPMZ, anda sumer bersikap bias..padahal saya tau mlm tu jgk PCZ buat meeting smpai ke lewat mlm..knapa anda tidak mmandang tu sbg ikhtilat???

    kdg2 kiter suka cari kesalahan org len shingga mmbuatkan kite x sdar kesalahan diri sndiri..jikalau kamu hormati org len, org len akan hormati kamu..ni just pndapat saya spnjang saya brada di bumi zakzik nih..maaf kan saya dan muhammad jikalau kata2 kami mmbuatkan mana2 pihak tersinggung..tp ni la realitinyer yg kami nmpak.

    ReplyDelete
  9. Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj. Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. ...(baca n paham)
    Masing2 terpelajr kan?kenpa fitnah2 pulak nie?so skrg apa kata kita jgn bermusuhan atau bertelagah?isu meeting buat tgh malam ker,isu ikhtilat ker..kita letak belakang..skrg kita fikir punca masalah..dpmz dilihat byk mengonkong..which means kami pelajar medic..anda pelajar agama..mmg berlainan..tp kita sesame muslim..mmg niat anda bagos nk smpaikan dakwah..Amin..moga diberi syafaat..namun cuba korang fikir..seorang doctor akan bergaul dgn lelaki or perempuan sbg pesakit dia..x kira jantina,bangsa..if not baik x payah jadi doctor kan?dr segi islam sendiri pon.pekerjaan as doctor nie dianggap mulia..ok now bkn isu doctor or not.skrg isu yg korg kata kitorg meeting tgh2 mlm dan ikhtilat sume bagai..kami hanya meeting..ya allah,xkan lah nak maksiat ramai2 kan?logik lah sikit.pergau;lan yg berlaku pon hanya berlandaskan urusan semata-mata..ini masalh org kita..nak berdakwah..but cara salah..nabi Muhammad pon nk berdakwah ambil masa..guna cara yg berhemah..lemah lembut..bukan nya hentam kromo dan memfitnah..plus kita duduk Negara org nie..kita sepatutnya tunjuk contoh yg baik..nie gadoh sana..gado sini..mcm x ada motif..skrg saya bukan nk bermusuhan atau hentam sapa2..but nk kita dduk berbincang dan cari jln penyelesaian..xperlu nk kutuk2 kt blog..bukankah nie mcm bukak pekung di dada?muslim sesame muslim tidak mengaibkan sesame sendri.nak berdakawah kna guna cara yg relevant dgn masa skrg..jgn smp trlmpau obsess dan menyakiti hati sesetengah pihak..islam is beautiful and peaceful..mcm tagline korg..”kemantapan fikrah,membina syaksiah”
    so skrg fikrah yg hendak dimantap kan tuh mana?klo pemikiran sedia ada tidak berkembang dan negative thinking lahn senang cakap.islam berfikiran terbuka..so kita pon perlu..mmg kita perlu jlnkan amal makruf dan nahi mungkar..itu mmg t’jwb semua umat islam..kita kan dicipta sbg khalifah kt muka bumi nie kan?namun ada cara yg sesuai kan?bukan niat nak mengajar korg..korg lg arif bab2 nie..tapi x salah tegur supaya dpt improved diri sndri n org lain..maaf jika ada kelancangan sebelum nie..Cuma cuba fahami kitorg..then ktorg blh fhm korg..jadi tolong dgr ckp kitorg jugak jgn nk ikut ckp korg je..same2 bg give n take.

    ReplyDelete
  10. 1. dpmz dilihat byk mengonkong..which means kami pelajar medic..anda pelajar agama..mmg berlainan..tp kita sesame muslim..mmg niat anda bagos nk smpaikan dakwah..Amin

    Respon: DPMZ konkong? kira mcm ne dah la.. pasepa ibubapa kita larang kita ms kecik2 dlu? sbb mereka ingin didik kita. mereka taw kita buat salah. tp kita dgr & belajar utk tidak buat lg. Tp bila tiba hukum Allah, kenapa kita boleh bezakan hukum Allah utk pljr agama? hukum Allah utk pljr medic? Dimana kesatuan yang kita cuba cari selama ni? Hukum Allah utk semua yg mengucap shahadatain & beriman.

    2. seorang doctor akan bergaul dgn lelaki or perempuan sbg pesakit dia..x kira jantina,bangsa..if not baik x payah jadi doctor kan?dr segi islam sendiri pon.pekerjaan as doctor nie dianggap mulia..ok now bkn isu doctor or not.skrg isu yg korg kata kitorg meeting tgh2 mlm dan ikhtilat sume bagai..kami hanya meeting..ya allah,xkan lah nak maksiat ramai2 kan?logik lah sikit.pergau;lan yg berlaku pon hanya berlandaskan urusan semata-mata..ini masalh org kita..nak berdakwah..but cara salah

    Respon: First of all, kita lihat dlm bab ikhtilat. Ada syarie & xsyarie. sy rasa semua tahu kan? Jangan gunakan isu kita doctor kena bercampur ms skrg utk dapat belajar ilmu komunikasi dgn wanita. Islam membenarkan untuk kita berckp atau berbincang atau berikhtilat dgn wanita ats sebab urusan yg penting (meeting etc)atau darurat (benda yg tiada kaum sejenis lain yg boleh membantu). Islam xpernah konkong, tp menjaga penganutnya. Bila skrg, nk praktikkan alasan awk tu.. xboleh. Bila waktu bekerja kelak, pon xboleh utk komunikasi dgn wanita lain kecuali ada urusan(segala urusan yg brkaitan dgn kerja di hospital) jgk. Sekali lg bukan utk mengongkong tp utk menjaga. Banyak lg tentang hal2 ni boleh rujuk ustaz2 kat cnie. Sy ni xdela byk ilmu sgt. OKay pasal meeting, agk2 la kan.. yg ampa buat meeting smpai pkl 12 lbih tu btoi ka? masa len pon boleh kn? sibuk kelas? korbankan je kalau betul2 nk buat program. Jangan cakap ja besaq. kalu xsanggup berkorban harta, masa & tenaga. Masa hari yg sama, PCZ pun buat jgk tp xdela sampai lewat pagi. Maksiat ramai2?? Jika betul la hampa buat sesuatu ikut apa yg Islam ajar, boleh tak ckp hampa jaga etika bermesyuarat? boleh tak ampa habaq yg ampa jaga batas2 pergaulan? Salah k cara berdakwah depa ne? kalu ckp lmbut2.. hampa nk dgr ka??

    ReplyDelete
  11. 3. kita sepatutnya tunjuk contoh yg baik..nie gadoh sana..gado sini..mcm x ada motif..skrg saya bukan nk bermusuhan atau hentam sapa2..but nk kita dduk berbincang dan cari jln penyelesaian..xperlu nk kutuk2 kt blog..bukankah nie mcm bukak pekung di dada?muslim sesame muslim tidak mengaibkan sesame sendri.nak berdakawah kna guna cara yg relevant dgn masa skrg..jgn smp trlmpau obsess dan menyakiti hati sesetengah pihak..islam is beautiful and peaceful..mcm tagline korg..”kemantapan fikrah,membina syaksiah”
    so skrg fikrah yg hendak dimantap kan tuh mana?klo pemikiran sedia ada tidak berkembang dan negative thinking lahn senang cakap.islam berfikiran terbuka..so kita pon perlu..mmg kita perlu jlnkan amal makruf dan nahi mungkar..itu mmg t’jwb semua umat islam.

    Respon: Buka pekung didada? bg sy depa ne nk respon hujah hujah hampa yg hampa tabur pada ahli2. Sedangkan mereka cuba utk menunjukkan perkara sebenar sbb korg cerita mcm ustaz2 tu salah & xfaham erti HIKMAH. Kita bersaudara. Jadi kalau kita menegur org, mereka syg akn kita.. mereka nk jaga kita supaya xhanyut.. bukan nk kata korg tu salah. tidak samasekali. Cuma penghayatan & kefahaman korg mengenai sesuatu perkara itu jdkn korg timbulkan isu & fitnah pada ustaz2 malah membuatkan ahli2 berpecah belah & hadaf utk capai kesatuan. Sedangkan korg laungkan kesatuan & nk bw Islam. Adakah ini tauladan atau contoh yg baik pada adik2 kita. Mengaibkan diri?? Sebenarnya cerita ni kalangan org yg tahu je. Jadi Unit Hisbah sy percaya diorg telah angkat sumpah utk jaga rahsia2 korg. Tp xtahula kalau diorg pecahkn rahsia nii mksdnya tunggula balasan Allah. Tp skrg, jgn tunding jari pd diorg je, sedangkan siapa yg tahu hal2 ni lg? kemungkinan kwn2 korg bercerita kat org lain then nk salahkan siapa yg pedas bila mkn cili? Bab pemikiran kolot? sebenarnya pemikiran siapa yg tertutup? Dlm Islam tu semua dah ada, tp bergantung ats kita nk jalankan hukum hakam Allah ataupun mahu buat buat ringan amik sesetengah perkara je?

    4. kita kan dicipta sbg khalifah kt muka bumi nie kan?namun ada cara yg sesuai kan?bukan niat nak mengajar korg..korg lg arif bab2 nie..tapi x salah tegur supaya dpt improved diri sndri n org lain

    Respon: Kalau betul la korg faham kita adalah khalifah di muka bumi Allah ni,apa tugas khalifah Dlm konteks kita skrg sebagai mahasiswa Islam?? ok.. kalu ada cara yg lbih sesuai slen dri yg ustz2 ne buat.. silakanlah bagi cadangan kat ketuanya yg muka trpampang kt dpn blog ne.. waAllahua'alam.

    P/s respon ini hanyalah dari pandangan sudut saya sendiri.. TIDAK ADA KENA MENGENA DGN DPM dan PCZ.
    so kalu ada yg silap.. tegur lah saya dgn penuh HIKMAH sprti yg ampa laungkan tu..

    sekian...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. saya paham niat unit hisbah ingin mengelakkan ikhtilat sumer ni brlaku..bgus dah niat tu..tp at least tnyer dulu baik2 psl ape meeting smpai ke lewat mlm..jgn trus jump into conclusion bahawa mereka mau buat maksiat pd mlm tu..jgn krn berlainan persefahaman kiter brsangka buruk yg bkn2..at least tnyer n then tgur dgn cara baik..insyaAllah org bleh trima..kdg2 sbb cara kite la org bleh ilang respect kt kite..cube kite tnyer diri sndiri sbb ape perselisihan faham sumer ni brlaku..adekah sbb cara kite? prcakapan kite? atau cara pnyampaian kite? n then tnyer adakah cara kite wat diorg trsinggung..n kalo btul, perbaiki cara pnyampaian kite tuk masa2 akan dtg..oh yeah, PCZ pd mlm tu meeting smpai pkul 12 lbih tghmlm..camne leh jd camtu plak?

    pastu kalo mau mnjelaskan perkara yg sbnar dlm blog..at least ayat tu susun bg molek skit..jaga la sensitiviti sesetgh pihak..kalo bleh x prlu la letak nama2 NGO tu..trus trang saya ckp sbb cara post ni, rmai yg tersinggung..saya sndiri scara peribadi biler baca post ni, saya rasa agak terkilan kalo camni la cara mreka yg bergelar ustaz cube mmbersihkan nama mereka..saya rasa brtmbah keruh ade la..at least mnta maaf la tkut2 trsinggung mana2 pihak..sbb nama NGO yg anda sbut tu bknnyer melibatkan student sajer..tp melibatkan org2 atasan, srta pgawai2 trmasuk pengarah NGO tu sndiri..dan yg baca blog ni pn bknnyer dak2 zakzik jer..malahan seluruh dunia..scara x lngsung mmberi bad impression trhadap ape yg brlaku kt student2 kt zakzik..rsenyer kalo x ltak nama NGO tu pn org leh paham sndiri..

    akhir kalam, saya mnta maaf kalo cara tguran saya mnyinggung mana2 pihak..dan sbg peringatan kiter sumer..

    "nasihatla krn ingin mmperbaiki..bkn menyakiti.."

    ReplyDelete
  15. Okeyh thank s to drustfaiz for the diligent words for every single words that i posted..
    Now..hear me again..as i mentioned before..i said yg mmg kita berlainan.but kita sesame muslim.did i mentioned yg hukum hakam Allah nie berbeza? nope..never..hukum hakam Allah untuk semua umat dia...plus..kawan,kita x perlu bermain dgn hukum hakam Allah pulak..aku hanya mentioned tntg mengongkong sahaja..xdak pon nk kata pasai hukum yg berbeza bagi pelajar yg lain2 course?got me?then bila ckp pasal ibu bapa..astagfirullahalazim..skrg mcm nie lah..aku x trlampau rajin nk komen kau words by words Cuma nak cakap..as we know background agama kita lain2 kn bro? means ada yg penegetahuan yg lebih..ada yg kurang..so if andai kan org yg kurang nie..korang dtg bt ambush sume..then ckp pasal meeting yg dikatakan berunsurkan maksiat sume tuh..boleh kah org yg kurang agama nie nk terima cara korg? lain orang,lain cara bhai..plus..aku bg kau 2 perbezaan..nasihat drpd mak bapak n org yg x rapat or senang cakap strangers..mane kita nk dengaq?of coz mak bapak kan?so if strangers nie nak tegor..nak berdakwah ker..bagos..but kena lah ada cara yg sesuai..x semua boleh terima cara yg hatrik mcm tuhh.paham dop??

    And for the issue of meeting malam lambat smp pukul 12 tgh mlm sume tuhh..haihhhhhh... nie ayat anda.kau pertikai kan kami jaga ker x pergaulan kami? kau rasa ada benda pelik ker kami buat masa meeting tuh?ada bukti ker kawan?and plus kau ckp klo cakap lembut hampa nk dgr ker?pernah x korg cuba ckp lembut?pernah?mai habaq sat...aku faham kita kena jaga pergaulan..but aku pon x pernah nk pkir bt pelik2 kat sini..sebab sume nawaitu dtg meeting..bukan nak lebih2..
    And bab kolot x kolot tuhh..for sure aku x kolot..if not aku x lah se”daring”nie kan? sebab aku nak kita paham..apa sebenarnya kita nk perjuangkan kt sini..fine mmg terjawab korg nk jaga sume kan?but plis..relevant lah kawwan..jgn smp nk overdose sgt kan? mmg bergnatung pd kita nak jalan kan hukum Allah..and bergantung pada cara jugak kan?if diri nak buat..tp xder cara n method yg kena,x jalan jugak..
    Last but not least..isu khalifah tuh..ok..as Islamic..and as a student..kita kena jaga perlakuan..plus kita menuntut ilmu..and aku x kata ustaz ni x btol ker ape..x timbol pon isu nie..klo korg paham apa aku tulis byk2 nie..sbnr nyer aku mentioned yg CARA TUH JER YG X KENA..ADA PAHAM KA?
    Yg lain2 xder pon aku nk bebel2 pon..that’s why aku cakap..BACA N PAHAM..BUKAN..BACA N HENTAM..sekian..
    (buka minda buka hati)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum semua...
    Moga diberi petunjuk kebenaran buat hamba Allah yang bertaqwa.
    Sekadar menjawab tuduhan terhadap PCZ yang bermesyuarat melebihi jam 12 tgh malam. Ana tampil menafikan mesyuarat itu berlaku. Memang telah ditetapkan dalam qarar kami, tidak dibenarkan membuat mesyuarat ikhwah dan akhawat melebihi jam 12 tengah malam bagi mengelak fitnah berlaku. Kepada mana-mana ahli yang mendakwa kami buat, sila berikan bukti mesyuarat itu berlaku melebihi jam 12 tengah malam? Harap jangan membuat dakwaan yang tidak berasas tanpa berpaksikan kebenaran. Semoga kebenaran itu menjadi pegangan sahabat-sahabiah sekalian. Bukannya tulis atas dasar nafsu semata-mata.

    Sekian,

    TIMB PENG. 1, PCZ
    (merangkap Unit Perancang PCZ)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum semua..
    Saya menyokong penafian yang diberikan oleh Saudara Abdul Hakim b Mohd Suhaimin kerana saya sendiri berada dalam mesyuarat tersebut tempoh hari. Meeting tersebut tamat tepat 11.10mlm. Saya mohon untuk tidak memburukkan atau menunding jari pada mana pihak sedangkan kita tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.

    Akhir qalami,Saya hanya berkongsi beberapa potong ayat Al-Quran bersama sahabat sahabiah Surah Al-Isra' 36.
    "Dan janganlah engkau mengkut apa yg engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai, Sesungguhnya pendengaran & penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang telah dikerjakan".
    waAllahua'lam.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Aku kongsikan satu comment dari seseorang..BACE BAGI PAHAM K!

    masalah dpmz dan pcz ni cuba satu je,

    TERLALU MUDAH MENJATUHKAN HUKUM KE ATAS SESUATU.

    saya paham aktiviti hisbah ini dibuat pun kerana termaktub dalam kitab, mcm ustaz abe cakap, "ikhtilat ado tigo"

    tp perlu diingat sebelum membuat sesuatu keputusan, perlu dilakukan sehalus mungkin. bukan dengan cara memalukan. mesyuarat itu dibuat secara ikhlas bukan atas alasan utk melakukan iktilat. itu dibuat atas alasan KERJA. mungkin salah apabila sampai ke larut malam, tp apa salahnya dpmz melakukan sesuatu perkara seperti "ambush" dengan cara terhalus mungkin, seperti menelefon dahulu sebagai langkah menegur. ini tidak, serang dan kecoh pada khalayak ramai sedangkan dpmz tidak MENYELIDIK dahulu hujung pangkal motif mesyuarat itu dijalankan.

    bagi saya isu ini takkan timbul sekiranya dpmz dan pcz menjalankan aktiviti secara Islam yang Professional. maksud saya perpecahan di kalangan pelajar zagazig makin teruk tahun ni, semua berpunca dari apa?

    setiap pelajar di sini latar belakang berbeza, ada yg memang berpengetahuan agama tinggi, ada yg kurang. dpmz pcz dan AQ menjalankan motif yg sama, MEMBAWA PELAJAR BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

    dunia dan akhirat. NOTED.

    tp perlu diingat, latar belakang kami berbeza.kadang2 bg kami apa yg disuruh itu amat baru bg kami, jd pendekatan terhalus mungkin perlu diberikan utk kami absorb pelajaran baru itu.

    ini tidak, dicakapnya ikhtilat itu haram. lalu hisbah dpmz terus menghukum tanpa menyelidik. membuatkan kami menyampah dengan perkataan "hisbah" itu sendiri.

    kami tidak memberontak kerana Islam itu menyekat pengaulan atau apa, tidak pernah terlintas. tp kalau so-called KETUA kami iaitu dpmz melakukan sesuatu yg pada logik akal kami adalah sangat tidak logik sekali membuatkan kami memberontak lalu mengambil keputusan utk merasakan bahawa dpmz dan pcz tidak boleh diikuti kerana mereka juga tidak memberikan contoh terbaik dalam mendakwah orang.

    ibarat kita minta tips diet dari orang gemuk, sapa nak follow?

    lagi satu, wujudnya anasir durjana yang membuat blog khas semata2 utk mengutuk organisasi lain adalah salah satu punca kenapa saya benci dpmz dan pcz. kau nak bagi aku benda baik, tp last2 kau kutuk orang lain tak ingat punya. itu cara Islam ke?

    saya sangat terhutang budi pada AQM kerana membawa saya ke sini. YA memang dengan menggunakan duit ayah mak saya, tp tanpa pertolongan mereka saya pasti berada di Malaysia ketika ini tanpa dapat mengenggam ijazah perubatan masa kelak.

    oleh sebab itu, dpmz dan pcz tidak boleh MENGHAPUSKAN status AQM pada diri kami di sini.
    ustaz2 pun harus peka akan latar belakang sesorang pelajar itu. tak payah nak strict sangat, tegur cara lembut kami ada akal utk fikir.

    bila guna cara kasar tu yang akan buat kami rebel.

    senang je nak satukan pelajar kt zzg ni. cuba nak tak nak je.

    lagi satu, sebelum saya tutup komen ni,

    DPMZ DAN PCZ BELAJAR LAH CARA NAK DENGAR PENDAPAT ORANG. TOLONG JANGAN ASYIK NAK MENIDAKKAN SESUATU PERKARA ITU DENGAN HUJAH ANDA.

    maksud di sini,

    A : orang alim
    B : orang biasa2 yg latar belakangnya seperti typical malay di malaysia.

    bila B cakap tak puas kt A, jangan lah A terus keluarkan ayat Quran/hadis utk matikan ayat B tu. dengar dulu, cuba letak diri A sebagai B yang mempunyai pengetahuan agama yang sedikit dari A. dengar dan paham.

    orang kt sini suka jadi mcm penceramah agama bila berhadapan dengan orang2 biasa. agak2 ah, tak semua asal sekolah agama amik stam dapat mumtaz.

    bagi kami ruang utk bercakap dan pada masa yg sama SILALAH beri contoh terbaik pada kami. buangkan sifat negatif yg mcm bagus tu.

    dari aku tak pro mana2 kan aku dah anti dpmz.

    sila berubah. kami pun nak berubah jugak.

    ReplyDelete
  20. saya tau mngenai prkara ni pn sbb ade ahli pcz sndiri yg gtau meeting diorg abis pkul 12 lbih tgh mlm jgak..tambahan plak ade student yg trsmpak dgn ahli pcz bru blik dri meeting pd pkul 12 lbih tgh mlm..kalo bkn mlm serbuan tu, mayb mlm slepas2 tu..harap bleh dijelaskan lg prkara ni supaya xde prasangka buruk yg brlaku lpas nih..saya mnta maaf kalo komen saya td berbentuk seperti mmburukan pihak pcz..

    ReplyDelete
  21. erm....bestnya klu ana masih belajar kt sana...boleh "kenal" ngan korang...rasanya kebanyakkan daripada kamu yg komen kt sini semua pelajar baru selain dari Dr. Faiz kan??
    biasa la, masih baru..so macam2 tafsiran dan andaian kt fikiran korang..tunggu la bila lama sikit..baru nampak apa tujuan sebenar dan matlamat yg DPMZ mahukan...rindunya suasana di Zaqaziq...ukhwahfillah sesama ahli sangat erat...

    ReplyDelete
  22. yang pro AQ tak pergi prog PCZ dan DPM yang pro DPM dan PCZ tak ikut prog AQ.. sbb ad sentimen kepuakkan di sana.. bilakah bermula semua ini, tidakkan setelah kewujudan AQ? jwb sndiri..

    ad yg terlampau pro AQ mereka xikut langsung prog DPM & PCZ. padahal disana berpuluh2 prog fardhu ain disediakan..

    siapa yg rugi? siapa yg akan menanggung kemudharatan ini?

    jawapan:

    * yang rugi mereka yg pro AQ shja..

    * yang akan menanggung kemudharatan ini semua ahli sbb apabila yg pro AQ yg tidak hadir prog kat dewan n mereka tak merasa indahnya hidup bersyariat jiwa mereka akn sentiasa memberontak telalu menonjol pasal peraturan hisbah mereka sentiasa nak bantah.. ratusan pelajar lain yg sentiasa bersama PCZ n DPM mereka boleh terima seadanya kerana bnyak input2 fardhu ain yg mereka terima dan sesuai dengan makna menganut agama islam itu sendiri iaitu:

    ISLAM: bererti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh baginda rasulullah saw

    Rasulullah saw dah pergi 1400 thun lebih dan baginda pernah bersabda "ulamak pewaris para Nabi" .. dan yg buat etika tu ust2 dan alim ulamak terdahulu.. ckup jauh kalau nk dibndingkn ilmu ust2 dan ulamak terdahulu dgn walad2 AQ yg sntiasa mmberontak n mmbntah xtntu hala. barangkali al-quran blum habis dikhatamkan dsgb..

    disebabkan 2,3 org ini ramai yg menanggung masalah angkara mereka..

    UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ASAL MUNCUL WALAD 3 DIBAWAH TU DARI KELOMPOK ISMA.. DITARBIYYAH OLEH ISMA DI MALAYSIA.. AKU PUN XFAHAM DITARBIYYAH TAPI ATURAN HISBAH XLEH NAK TERIMA n IKUT.. WAT MALU ISMA JER.. KEPADA SUME PENGOMEN LPAS NI XYAH LAYAN WALAD 2 ORG DIBAWAH NI.. MEMANG WALAD ISMA KERAS KEPALA (ISMA jgn marah yer 3 org ni jer) … HUJAH XDE PENUH EMO DAN PENIPUAN..

    NI LA WALAD YANG DIMAKSUDKAN :: aLpHaFiGuRe :: said... muhammad mahadhir said... fifie said...

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. ni la masalah adam hawa ni..ko nk copywrite comment org lain bgtau la xpyh la nk terus copy paste..memang betul la ko gune otak lutut bukan otak kepala..
    ko jgn menyampuk ckp bukan2 boleh x..tp ko jwb persoalan yang aku timbulkan..dh xde modal ckp bukan2..bgs sgt ke diri tu..
    ko burukkan name isma boleh lak..tp burukkan name dpmz n pcz ko pulak melenting..ni la jenis manusia yang walad sebenarnya..yang xcukup matang..berhingus lagi..
    ko duduk diam2 kt umah isap botol susu lg bagus..
    xpyh nk menggatal cakap merapu-rapu..

    ReplyDelete
  25. Perkongsian:

    http://coretanmohamadzubir.blogspot.com/2011/04/ahhhh-kau-pun-sama.html

    To Adam Hawa, Muhammad & Fifie:
    Cukuplah sampai di sini. Kalau betul kita berada di jalan yg benar baik kita senyap & serahkan pada Allah. Kalau kita salah, kita tgk apa yg ditegur & cuba perbaiki.

    p/s:
    #Adam Hawa sila delete blog anda. Banyak sgt fitnah di shoutbox tu.
    #Fifie sila jaga bahasa & adab tutur kata kerana ia menunjukkan hati anda.
    #Muhammad chill & bykkn sabar.

    Maafkan saya kalau ada salah silap. Jom kembali pada Islam sedang skrg syaitan sangat benci bila kita nk berbaik baik. Kita xrugi apa2 utk bermaafan & eratkan tali silaturrahim malah tercapai hadaf utk jd kesatuan. waAllahua'lam.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. xpayah nak hipokrit la zubair..sebelum nak tarbiyah orang..tarbiyah diri sendiri dulu..
    klu diri sendiri tak mampu nak tarbiyah lagi..jgn berlagak pandai dan cakap omong macam2..sblm nasihat org cermin diri dulu..

    ReplyDelete
  28. Maaflah fifie kalau ak salah. Yes aku masih jahil dlm agama. Sekurang kurangnya aku masih cuba untuk mengajak kawan2 utk buat kebaikan. Bukannya biarkan mereka. Tahu x tanggungjawab kita sebagai sahabat? Kalau kita xtegur sahabat kita yg hanyut maka di akhirat kelak kita ditanya kenapa kita biarkan dia sebegitu. Aku xnk tanggungjawab itu that's why aku cuba tegur. Yes, aku banyak sangat dosa2 sebelum ini, tidak dapat tidak aku tahu kesalahan aku serta dosa2 aku, malah terbukti aku manusia yg normal selalu buat kesilapan. Sejak dulu ak pegang kata2 ni...
    “No more sorrow & doubt. Allah will forgive you.
    If there’s spots of repentance in your heart, that is sign of believers.” by Zubair Ahmed

    Akhir qalami, ak minta maaf pada semua sahabat sahabiah seagama dgn aku. Ak harap kalian mematuhi etika berdebat. Ak undurkan diri dulu ea. Sudah lepas tanggungjawab ak untuk tegur.

    p/s:
    “Apa yg baik dariku ambil sebagai contoh,Apa yang buruk dariku jangan pernah diikuti & dijauhilah. Aku bukan hambaNya yg kukuh Iman pabila diuji, dan bukan juga hambaNya yg terbaik berbanding yg terbaik. Jadi Ingatlah Matlamat tidak pernah menghalalkan cara & Hanya Allah sahaja yg Maha mengetahui akn perbuatan tiap2 manusia.” by Zubair Ahmed

    ReplyDelete
  29. Insylh, pihak kita sama-sama mengambil manfaat dgn apa yg cuba dismpaikan oleh Ajk Hisbah. Cuba kita lapang dada menerimanya

    ReplyDelete
  30. nak ambik manfaat macam mane klu diorg xleh bk buka minda jugak..kite je nk buka minda dan dgr ckp diorg susah la..BERHIKMAH APA NAMENYA TU KAN..

    xleh nk dgr pndpt org lain..xgune jugak..xberjalan pun dakwah korg tu..sia2 je..mcm la korg lahir2 bagus sgt kaaaannnn..

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. HIKMAH mcm mana yg fifie mksdkn?
    cuba bgtaw ckit. ak nk dgr jgk.

    ReplyDelete
  33. komen kat sini pulak...

    hmm,, kat sana aku dah cakap kat hang fifie,, tapi hang ketegorrr...

    kan aku kata jawapan pada masalah hang nih berantai,, tapi hang nafikan... n kat sini mmg telah jelas lagi nyata hang akan bukak masalah baru bila orang dah tolong jawabkan soalan hang sebelum tu...

    masalah hang sekarang ialah "hang sendiri x tahu masalah hang"....

    sebab tu aku kata mai jumpa aku,, kata nak professional sgt kan,, kita slowtalk la elok2...tp hang degeii... hmm camni la senang...

    nak layan hang pon,, makin xda makna sebab bukan hang nak sangat jalan penyelesaian, hang cuma nak KONTROVERSI,,, sebab setiap soalan yang hang boleh luahkan kat sini dapat mentenagkan diri hang...

    kalau nak masalah ni setel mai jumpa aku,, kita sembang elok2...tapi kalau hang takat nak jadikan sini tempat nak touching2,,, xpa la... kita kalau orang huloq tangan cuba try sambut tengok... mana tau ada benda yang boleh kita selesaikan sama2...

    to muhammad n fayyad jugak,, kalau enta 2 orang ada benda x paham ngn hisbah, boleh mai jumpa ana terus ok,,, kita sembang memolek...ok...

    selamat berjumpa...

    ReplyDelete
  34. betul tu...kita jumpa trus, kita g mkn2, smbang2 ckt pastu insylh selesai...

    ReplyDelete
  35. faiz klu ko xtau cerita ujung pangkal ko jgn nk sibuk kat sini..Mksd aku cara tu slh bila hisbah tros serbu..n ckp kami bt maksiat sume bagai..ok now aku paham tujuan korg nak jaga student sume nie..but perlu ker nak serbu teros cmtuh n bising kt khalayak ramai semua..apa kata call dulu Tanya precise n detail apa ktorg buat?apa sebab nya meeting smp ke lewat mlm sume? klu ko berada dlm mse tu ko pun leh pikir logik la...

    hadi ak mls nk dgr lakonan ko ni k..xpyh nk provoke aku untuk jmpe ko..mcm ak xtau prngai ko cmne..aku kt sini bukan nak gadoh or kecoh mnde nya..byk lg nk buat..study final lg afdhal..biar kite setel dlm ni dulu..ko xyh nk bg drama ko sume tu..bnde ni xkn ad kontroversi klu xde org mengapi-apikan..stop la dgn blog2 ko tu..

    ReplyDelete
  36. Enta kena faham, tujuan nak jumpe adlh utk berbincang. bile berbincang, isi perbincangan ahli yang bincang je la yang tahu. klu nk setel dalam ni, sama lah dengan bagi orang tgk minit mesyuarat. bkn semua blh tgk minit msyrt...btl xkn???

    ReplyDelete
  37. tp bila setel sini br byk pndgn kan?? br byk org paham kan?means sume boleh tahu bnd yg sbnr..n xder lg slh fhm..if hy kau n aku jer berbincang..means kita berdua jer lah yg taw..larat ker aku or kau nak explain dkt ramai2 mnusia nie?dkt sini sah2 lah kn org baca..siap komen pon ada..so br byk suara cket..br byk pendapat..btol?

    ReplyDelete
  38. TO FIFIE YANG PENING..

    TENGOK AYAT FIFIE YG PENING

    Mksd aku cara tu slh bila korg tros serbu..n ckp kami bt maksiat sume bagai..ok now aku paham tujuan korg nak jaga student sume nie..but perlu ker nak serbu teros cmtuh n bising kt khalayak ramai semua..apa kata call dulu Tanya precise n detail apa ktorg buat

    SEUMPAMA: POLIS NK SERBU PENCURI KAT DALAM RUMAH SESEORANG. MAKA POLIS TERSEBUT KENA TELPON DULU PENCURI TERSEBUT MEREKA TENGAH BUAT APA, SEDANG MENCURI ATAU MAKAN NASI DALAM RUMAH TERSEBUT.. KLU TENGAH SELOKAR BILIK ATAU LACI BRU POLIS BOLEH SERBU. TAPI KLU TENGAH MAKAN NASI DALAM RUMAH TERSBUT MAKA KESALAHAN MASUK MENCEROBOH TIDAK DIKIRA SALAH SBB TUJUANNYA MASUK UNTUK MAKAN NASI.. INI TIDAK BERMAKSUD MELANGGAR UNDANG2.. LAWAK BTUL LA BDAK AQ(FIFIE SORANG JER) NI.. AKAL PENDEK..

    BDAK AQ DUK MEETING SMPAI KUL 12 TU KOMPEM DH MENIMBULKAN FITNAH WALAUPUN MEREKA WAT MESYUARAT SBB TEMPAT ITU BUKAN MARKAZ ATAU TIDAK DIIKTIRAF OLEH DPMZ SBGAI DEWAN..

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Yang kata bukan2 kat DPMZ 2 bukan tahu apa... dah taw ilmu agama kurang... pergi la cari... bukan duduk dalam rumah je...

    ReplyDelete
  41. KEPADA MUHAMMAD BIN MAHATHIR....

    Nama pun dah hampir sama dengan TUN DR MAHATHIR cuma terbalikkan je... Kalau ye pun jangan la pemikiran pun sama dengan TUN M dalam bab agama... Cukuplah di Malaysia ada TUN M seorang sahaja macam tu...

    ReplyDelete
  42. KEPADA ALPHAFIGURE....

    Yang bawa perpecahan di BUMI ZAGAZIG ini adalah dengan wujudnya PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA AKADEMI AL-QURAN ZAGAZIG (AQ)... Seperti mana kisah zaman Nabi Muhammad dahulu berkenaan dengan MASJID DHIRAR... Ketika itu Nabi memerintahkan supaya membakar masjid tersebut... kalau difikir secara logik tidakkah pembinaan sebuah masjid itu merupakan sutu kerja yang mulia dan kerana apa Nabi memerintahkan untuk MEMBAKARNYA??? Ini kerana disebabkan wujud masjid tersbut akan membawa perpecahan ketika itu... Begitu juga hal keadaannya kewujudan AKADEMI AL-QURAN di BUMI ZAGAZIG ini... Itulah sebabnya AKADEMI AL-QURAN ni perlu ditentang dan dihspuskan dari bumi Zagazig ni...

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Inilah salah satu sebab ana menyarankan agar perbincangan dibuat diluar dari sini. percaya dan yakinlah kalau still xnk bincang face to face,nk jugak bincang kat sini, keputusan xkn jumpa. yang ade adelah perbalahan. Nabi dulu pun ade mslh jgk, lg besar mslhnye, tp ade caranye, bincang elok2. klu nk bertikam lidah sekalipun biar hny dlm msyrt. orang pn xnmpk. xslh klu nk bertikam lidah dlm msyrt.

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Assalamulaikum,

    Cuba muhasabah diri kalian & zikr Allah. Cuba fikir balik kenapa Hisbah tegur malam tu? Apa kesalahan kalian? Tidakkah kalian diciptakan akal untuk berfikir?

    Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan ni'mat Islam & Iman. Dalam hal begini, saya rasa tidak perlu sehingga kita untuk mengaibkan atau menuduh mana2 pihak sedangkan kalau benar2 kita seorang mukmin yang mengucap shahadatain, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat, & menunaikan haji bila mampu kita tidak akan berkelakuan seperti ini.

    Kelakuan bagaimana? Seperti mencarut2, memaki hamun saudara seIslam kita, mengeluarkan hadis atau ayat2 quran utk selamat diri kita atau memperjuangkan kehendak hati dengan penuh emosi tp hasil yg sia sia. Sebenarnya kita seharusnya perjuangkan untuk tegakkn Islam tp skrg kelihatan sia sia sebegitu kerana etika berdebat tidak dijaga. Adakah ini yang Rasul Allah tinggalkan kepada kita?

    Dari Anas bin Malik R.A (Hadis Bukhari)
    “Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”
    Belajarlah untuk hidup sebagai pengkritik yang bernas, bukan pemaki yang tiada nas. Didik diri dan rakan kita untuk tidak memaki dan menggunakan bahasa yang hodoh dan keji terhadap orang lain, tetapi mengkritik secara membina dan berwibawa.”

    ReplyDelete
  49. Sambungan.....

    Bagi saya, dimanakah punca terjadinya masalah Hisbah? yang sering berlaku di Zagazig adalah ikhtilat tidak syari'e & masalah2 disiplin yang telah melanggar qarar yang telah dibuat. Kita sebagai mukmin telah diajar oleh Islam untuk menjadi seorang yang berdisiplin mematuhi etika yang dibuat secara khususnya, dan mematuhi hukum hakam Allah secara Amnya.

    Ikhtilat tidak syari'e di Zagazig merupakan satu kes terpencil kerana jarang2 berlaku. Adakah kita mahu biah di Mesir ini seperti di Malaysia? Hiburan sehingga pagi? pergaulan bebas lelaki & wanita dengan alasan ingin mendapat pengalaman komunikasi dengan wanita kelak? Adakah anda menggunakan pemikiran kapitalis? atau pemikiran logik? yang inginkan kebebasan & hak yang sama rata laki2 & wanita? Adakah Islam mengajar sebegitu?

    Islam mengajar cara kehidupan yang selamat. Dari mana Islam ini? Hukum hakam Islam ini datangnya dari siapa? Semuanya adalah milik Allah. Cuba kita fikirkan, kalau kita mahu buat sesuatu yang kita suka mengikut hati kita akan tetapi matlamatnya akan menyebabkan pergaulan bebas, etika pemakaian Islam tidak dijaga malah banyak lagi.

    Saya kenal kalian banyak datang dari sekolah sekolah agama & yang lain bukan. Ini tak bermakna siapa yang sekolah Islam perlu diangkat & yang tidak pula akan di jatuhkan?

    Sesiapa yang berilmu harus kita hormatinya & sesiapa yang kurang harus kita memberi atau menurunkan ilmu kepadanya. Bagi saya, Ilmu Tauhid & Ilmu Fiqh ini perlu dicari sehingga ke liang lahad bagi meningkatkan kefahaman kita dlm sesuatu perkara. Selalunya masalah perbalahan terjadi antara muslim adalah kerana kurang kefahaman dalam hal2 ranting sebegini (bertikam lidah dlm komen2 diatas) padahal di kala sebegini tidakkah kalian nampak permainan syaitan LaknatuAllah utk memecahbelahkan kita. Kenapa kita mahu berbalah dalam hal2 sebigini? sedangkan jika salah kita, kita menerima dengan hati terbuka & membetulkannya dengan merujuk ustaz-ustaz, mendampingi orang2 berilmu tinggi, peroleh ilmu yg disampaikn dlm usrah, malahan boleh membaca kitab2 agama & berguru.

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Sambungan.....

    Hisbah menjalankan satu kerja yang amat baik untuk menjaga ahli ahli supaya beringat kepada Allah S.W.T & tidak melakukan perkara2 yang dilarang Agama kita. Sedang Unit Hisbah ingin menegakkan Islam bukannya menyekat kebebasan tetapi sebenarnya Islam satu agama yang menyeluruh, menjaga wanita muslimah serta mewujudkan biah kesatuan yang harmoni.

    Akhir qalami, saya bukannya mahukan perpecahan akan tetapi kesatuan. Fikirlah sejenak untuk masa depan Islam, masa depan kita & masa depan anak2 kita. Darah kalian yang mengalir dalam saluran vena ini adalah datangnya dari sumber yang sama. Makanya, ingatlah kita adalah satu panji yg serumpun. Harap kalian memikirkan & ambil lah masa untuk melihat segalanya. Tiada siapa ada hak untuk menghukum manusia akan tetapi cuma untuk menegur & tidak biarkan saudaranya tergelincir dari jalan Allah.

    Sesungguhnya saya penuh kekurangan akan tetapi sementara kita boleh bertaubat, maka bertaubatlah & kembali kepada Allah. Tidak perlu bayar satu dirham pun untuk meminta maaf kepada Allah,malah Allah itu Maha Pengampun Dosa Dosa Besar. Bersama kita membina komuniti yang mengamalkan Islam & bukannya beratkan satu dua perkara akan tetapi seperkara dua lagi kita ringankan atas sebab memenuhi hati & nafsu kita. Sedangkan Islam bererti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw.

    p/s: jika kalian nampak saya lakukan kesalahan sila la tegur. Saya berlapang dada menerima.

    WaAllhua'lam, buttaufiq wanajah dlm imtihan untuk saya & kalian. Wasalam.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. sebab fb status, hangpa nk gado, sebab blog hangpa pening, sebab shoutbox hangpa menghina. tapi sebab hangpa mengucap syahadah semuanya Islam.

    fikirlah

    ReplyDelete
  55. minx maaf sume.. saye x ptt memburukkn lg keadaan..
    u r right zubair..
    aku da marah sgt td kat si bonito tu..main2 name parent aku..

    allahumma ihdinas shiratal mustaqim
    shiratal lazi na an3amta 3alaihim minan nabiyyin wa siddiqin wa syuhadaai wassoolihin

    ReplyDelete
  56. kn bgus sume dah btenang..:)

    ReplyDelete
  57. Yang menyokong kesalahan akan turut mendapat tempias dosanya... Yang memulakan lagi banyak dosanya... Fikir2 kanlah...

    ReplyDelete