Saturday, September 24, 2011

nak 'ikhtilat'... boleh tak ???


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Friday, September 23, 2011

Hedonisme : Ummah Hilang Jati Diri



Konsert Jom Heboh, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One In A Million, dan sebagainya .

Sunday, September 18, 2011

Peranan : Tuntutan & Pelaksanaan HISBAH


PERANAN HISBAH

            Hisbah adalah tututan syarak berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah nabawiyyah. Semua ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal amar makruf dan nahi mungkar.merupakan dalil bahawa hisbah disyariatkan dan dituntut oleh syarak. Al-Quran sebenarnya mengetengahkan soal hisbah dalam pelbagai bentuk. Kadangkala dalam bentuk perintah dan kadangkala dengan cara menjadikan hisbah ini sebagai sifat wajib bagi seorang mukmin atau sebagai faktor yang membawa kebaikan umat Islam. Al-Quran juga meletakkan matlamat untuk memperolehi kuasa dan pemerintahan di muka bumi ini ialah untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Mengabaikan soal ini menjadi punca manusia menerima laknat Allah SWT.