Saturday, June 18, 2011

Hisbah PMRAM Realisasi Amar Makruf Nahi Mungkar


PMRAM sangat menitik beratkan landskap biah solehah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir. Peranan Unit Hisbah PMRAM telah banyak membantu dalam merealisasikan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR". 

Pencegahan dilihat satu langkah yang paling terbaik bagi menjaga keselamatan masing-masing. Justeru, Unit Hisbah PMRAM dibawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) pada tahun ini sangat memandang berat isu-isu yang berkaitan dengan masalah gejala sosial, gangguan warga tempatan, kecurian, samun, mahasiswi keluar malam tanpa musyrif, dan sebagainya.

Unit Hisbah PMRAM berharap agar semua mahasiswa dapat menyalurkan maklumat dengan tepat dan cepat kepada Skuad Hisbah Pusat dan Cawangan masing-masing sekiranya berlaku permasalahan. Ini bertujuan tindakan susulan tidak mengambil tempoh masa yang panjang.
Sebarang permasalahan dan kes, boleh terus merujuk:-
 
1) Ketua Unit Hisbah PMRAM, Jamal Najmuddin Sulaiman (+20103799695)
2) Timbalan Ketua Unit Hisbah I PMRAM, Mustafa Nor (+20118438867)
3) Ketua Unit Operasi & Siasatan, Abd Aziz Sa'ari (+20110577313)

Mohd Faizuddin bin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

1 comment:

  1. salam. kat post tu ade mcm typing error sket.. "begin_of_the_skype_highlighting (+20103799695) end_of_the_skype_highlighting".. kene edit sket tuh.. hehe

    ReplyDelete