Thursday, June 28, 2012

Amar Makruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Bersama




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita  kepada Allah SWT dengan kurniaan dan nikmatnya dapat lagi diberi peluang kita merasai nikmat Allah yg paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat yang telah bersama sama membawa panji Islam sehingga berterusan ke hari ini.


Firman Allah SWT : bermaksud:

" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

( Surah Al- Imran : 104 )

Hadis Rasulullah SAW :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

" Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahkannya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.

(Riwayat Muslim)

Berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah Nabawiyyah. Semua ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal amar makruf dan nahi mungkar merupakan dalil bahawa Hisbah disyariatkan dan dituntut oleh syarak.

Oleh itu, Amar Makruf mestilah seiring dengan Nahi Mungkar, tidak lengkap sesuatu Kesatuan atau Kerajaan  yang memimpin hanya ke arah Amar makruf sahaja. Sewajibnya ada satu Unit atau Badan yang mencegah kepada kemungkaran.

Justeru itu, Pada sesi ini pihak Hisbah juga telah menubuhkan satu unit yang dikenali sebagai Rakan Hisbah untuk mengajak Warga Zagazig turut sama membantu Unit Hisbah di dalam gerak kerja amar makruf nahi mungkar. Ini kerana penglibatan ahli sangat diperlukan di dalam membantu gerak kerja memperkasakan Hisbah.

Pihak Hisbah mengharapkan semoga seluruh warga Zagazig dapat memberikan kerjasama dalam mematuhi segala Etika dan Undang-undang daripada Unit Hisbah dengan baik agar memastikan keselamatan diri selamat daripada perkara perkara yang tidak diingini berlaku seterusnya dapat menjaga dan memelihara Biah Solehah di bumi Zagazig ini dengan baik.

Wallahua’lam…

Muhamad Zul Azri Bin Zainal
Ketua Hisbah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment