Pemberitahuan kepada semua mahasiswi Malaysia di sekitar Zagazig, untuk mendapatkan perkhidmatan mushrif di waktu malam bolehlah hubungi terus mana-mana ketua mushrif dikalangan AJKT DPMZ dan AJKT PCZ mengikut hari yang di jadualkan. Ketua mushrif yang ditetapkan, tidak semestinya menjadi mushrif pada hari tersebut dan boleh mendapatkan mushrif dikalangan mahasiswa yang lain sekiranya ada urusan lain. Mushrif hendaklah mematuhi beberapa etika mushrif yang ditetapkan oleh Unit HISBAH bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Kerjasama anda amat dihargai.
Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik jadual ini.
PERHATIAN:
· AKHAWAT YANG INGIN KELUAR PADA WAKTU MALAM DIWAJIBKAN MEMPUNYAI MUSHRIF YANG DITETAPKAN.
· SETIAP AKHAWAT YANG INGIN KELUAR DARI KAWASAN RUMAH MESTILAH BERPAKAIAN SOPAN DAN TIDAK MENJOLOK MATA.
· NAMA-NAMA DI ATAS ADALAH MAS’UL YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SETIAP URUSAN MUSHRIF DI ZAGAZIG.
· AKHAWAT TIDAK DIBENARKAN KELUAR MALAM KECUALI ATAS ALASAN-ALASAN YANG MUNASABAH DAN SYARIE’.
· SETIAP AKHAWAT WAJIB MEMATUHI PERATURAN YANG DITETAPKAN UNTUK KESELAMATAN BERSAMA.
No comments:
Post a Comment