Saturday, March 26, 2011

Ummat Melupai Dirinya




Dengan nam Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak bagi Allah SWT  Tuhan Sekalian Alam yang telah mengutuskan utusanNya Rasulullah SAW dengan membawa petunjuk dan kebenaran serta agama yang benar iaitu Islam sebagai Addeen untuk menzahirkan syari’at dan petunjuk Allah SWT secara menyeluruh walaupun seringkali dicemuh mahupun dihina oleh musuh-musuh Allah SWT yang tidak akan pernah mengenal erti kebenaran dan kebatilan bagi menyesatkan umat islam sehinggalah kita mengikut panduan dan telunjuk mereka, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu sekalian Nabi dan Rasul serta sahabat-sahabat Baginda SAW yang telah berjuang bersama-sama Baginda selama 23 tahun untuk memberikan mutiara-mutiara yang terbaik kepada sekalin manusia.


Benarlah firman Allah SWT d dalam surah At-Taubah ayat 60  yang berbunyi : “ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka ( orang-orang kafir )kekuatan yang kamu sanggupi dan dari kuda yang ditambat untuk berperang, ( yang dengan persiapan itu ) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiyaya”.

Begitulah firman Allah SWT yang menghendaki daripada hambaNya supaya senantiasa bersiap-sedia dengan segenap apa yang ada untuk menggetarkan musuh-musuh Allah SWT hatta yang tidak diketahui sekalipun. Tetapi apa yang kita perhatikan pada hari ini adalah sebaliknya, umat islam memusuhi sesama mereka, agama islam tidak diberi tempat yang sepatutnya, ulama-ulama yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula manhaj kenabian tidak diberi peluang untuk memimpin dan apabila kepimpinan itu diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka akan terjadilah apa yang kita lihat sekarang. Fahaman sekularisme yang mengeluarkan politik daripada agama islam adalah ajaran salah yang diwarisi zaman penjajah bukan islam.

Saidina Umar R.A telah menegaskan, “ sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga, bukan kerana kelayakannya mereka, sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan Rasulullah SAW”. Begitu juga besarnya dosa pemimpin yang menipu rakyat, kerana Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ada pemimpin yang mengendalikan urusan rakyat di kalangan kaum muslimin lalu dia mati dalam keadaan menipu mereka melainkan Allah mengharamkannya masuk syurga”.

Sebab itulah dikatakan ummat pada hari ini melupai diri mereka, sesungguhnya apabila kita perhatikan dari kacamata apa yang Allah SWT sifatkan tentang ummat islam di dalam Al-Quran kita akan dapati ummat yang selain ummat islam dan bukan ummat Al-Quran, bukan ummat yang dikatakan ummat yang terbaik. Allah SWT menyifatkan mereka dengan kebaikan dan Allah SWT menyebut tentang kebaikan yang mereka perjelaskan bahawasanya menyuruh kepada perkara kebaikan dan melarang kepada kemungkaran serta beriman dengan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran ( 11 ), “ Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran serta beriman dengan Allah SWT”. Dan bangsa kita pada hari ini, kecualilah mereka yang dikasihi Allah tidak menyuruh kepada kebaikan dan juga tidak melarang kepada kemungkaran, bahkan kosong perasaan dan pertimbangannya maka boleh dilihat sekarang apabila keburukan itu diibarat seperti pepatah melayu “ sudah terang lagi bersuluh “ dan kebaikan itu berselindung disebalik keburukan yang menyebabkan banyak kepincangan yang telah berlaku dari segi akhlak, pentadbiran Negara, keluarga, dan masyarakat. Di manakah kepincangannya? Oleh sebab kepincangan dan kelalaian yang telah berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri juga menimbulkan pelbagai fitnah yang telah menutup segenap kebenaran yang ada. Ummat yang telah Allah SWT sifatkan didalam firmanNya di dalam suran Al-Baqarah( 143 ) “ Dan Demikianlah Kami telah menjadikan kamu ummat pertengahan “. Dan sekarang kita boleh lihat sesungguhnya kita telah meninggalkan manhaj pertengaha itu sendiri sebagaimanan firman Allah SWT di atas, dan kedudukan al-wasatiah itu lebih cenderung kepada haluan kanan atau kiri dan juga timur atau barat, ditinggalkan ( Assirat almustaqim ) iaitu jalan-jalan yang Allah SWT beri nikmat ke atas mereka daripada kalangan Nabi-nabi, sahabat-sahabat Baginda, orang berjuang di jalan Allah SWT, dan orang-orang yang beramal soleh. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur( 55 ) : “ Dan Allah SWT berjanji dikalangan kamu dan orang-orang yang beriman bahawasanya mereka akan diberikan kekuasaan di bumi sebagaimana yang telah diberikan kekuasaan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu”. Maka kita telah cenderung kepada jalan-jalan yang Allah SWT murkai ke atas mereka dan di kalangan orang-orang yang sesat, dan kita telah mengikut manhaj-manhaj mereka sedepa demi sedepa dan sehasta demi sehasta.

Allah SWT telah menyifatkan tentang ketauhidan di dalam firmanNya surah Al-Anbiya’ ( 92 ) : “ Sesungguhnya ( agama tauhid ) ini adalah agama kamu semua agama yang satu, dan Aku adalah Rabb-mu, maka sembahlah Aku”. Dan sekarang tidak ada kesatuan didalam berakidah, sebagaimana yang Allah SWT kehendaki, bahkan kita telah dikuasai dalam pelbagai perkara sebagaimana yang telah dibawa oleh penjajahan, bermusuhan antara satu sama lain bahkan ada juga yang berbunuhan sesama mereka.

Kesimpulannya : Sesungguhnya kita telah jauh daripada Allah SWT dan kita telah lupa untuk sama-sama mentafsir dan melihat apakah hikmat disebalik alam ciptaan Allah SWT dan benarlah Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hasyr ( 19 ) “ Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik”. Dan hakikatnya tidak bermakna kewujudan ummat ini melainkan dengan islam, dan tidak bermakna kemenangan bagi ummat islam selama ini melainkan daripada menjunjung perjuangan suci Nabi Muhammad SAW, dan tidak bermakna kesatuan tanpa celupan daripada islam, dan tidak ada kemuliaan melainkan dengan islam. Allah SWT meredhai apa yang telah diperkatakan Saidina Umar R.a : “Kami adalah kaum yang hina, maka Allah SWT telah muliakan kami dengan islam, maka walau apa pun kemuliaan yang kami inginkan tidak menuruti Allah dan RasulNya Allah SWT menghina kami”.  

Nukilan : Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi.

No comments:

Post a Comment