Thursday, August 18, 2011

Kearah Merakyatkan HISBAH


Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi besar Muhammad S.A.W, para sahabat, alim-ulamak seterusnya pejuang-pejuang penyambung mata rantai perjuangan islam seluruhnya.

Saturday, July 2, 2011

Wanita Islam Pembentuk Ummah



Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal tarbiah Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dibawah petunjuk Ilahi. Proses tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah. Asas untuk memperbaiki ummah ialah dengan memperbaiki keluarga dan permulaan untuk memperbaiki keluarga ialah dengan memperbaiki wanita.

Friday, June 24, 2011

Hiburan Menurut Pandangan Syarak



Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh  dunia. 

Saturday, June 18, 2011

Hisbah PMRAM Realisasi Amar Makruf Nahi Mungkar


PMRAM sangat menitik beratkan landskap biah solehah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir. Peranan Unit Hisbah PMRAM telah banyak membantu dalam merealisasikan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR". 

Friday, June 17, 2011

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syara'


Muqaddimah
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Thursday, May 26, 2011

Kalau Tuhan tu Baik, kenapa Buat Neraka?



Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Tuesday, May 24, 2011

Bila Da'e Berbicara Tentang Cinta




Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..