Saban tahun , bumi Zagazig tidak pernah sunyi
daripada maidah rahman oleh warga arab khusus pada bulan ramadhan untuk merebut
pahala berbuat kebajikan yang telah dijanjikan besar ganjarannya. Ini adalah
satu sunnah yang telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dan telah berkembang
sehingga sekarang dan ia perlu dihidupkan supaya galakan unutk berbuat kebajikan
dapat dirialisasikan khusus pada bulan ramadhan.
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Sunday, August 5, 2012
Saturday, September 24, 2011
Friday, September 23, 2011
Saturday, July 2, 2011
Wanita Islam Pembentuk Ummah
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal tarbiah Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dibawah petunjuk Ilahi. Proses tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah. Asas untuk memperbaiki ummah ialah dengan memperbaiki keluarga dan permulaan untuk memperbaiki keluarga ialah dengan memperbaiki wanita.
Thursday, May 26, 2011
Kalau Tuhan tu Baik, kenapa Buat Neraka?
Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Thursday, May 5, 2011
Perbahasan Hukum Wanita Keluar Rumah Pada Waktu Malam
Muqaddimah
Agama Islam menitilkberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.
Agama Islam menitilkberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.
Saturday, March 26, 2011
Ummat Melupai Dirinya
Dengan nam Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang telah mengutuskan utusanNya Rasulullah SAW dengan membawa petunjuk dan kebenaran serta agama yang benar iaitu Islam sebagai Addeen untuk menzahirkan syari’at dan petunjuk Allah SWT secara menyeluruh walaupun seringkali dicemuh mahupun dihina oleh musuh-musuh Allah SWT yang tidak akan pernah mengenal erti kebenaran dan kebatilan bagi menyesatkan umat islam sehinggalah kita mengikut panduan dan telunjuk mereka, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu sekalian Nabi dan Rasul serta sahabat-sahabat Baginda SAW yang telah berjuang bersama-sama Baginda selama 23 tahun untuk memberikan mutiara-mutiara yang terbaik kepada sekalin manusia.
Friday, March 25, 2011
Amalan Hisbah Di Awal Zaman Islam
Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq)[1]. Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)







