Friday, September 23, 2011
Sunday, September 18, 2011
Peranan : Tuntutan & Pelaksanaan HISBAH
PERANAN HISBAH
Hisbah adalah tututan syarak berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah nabawiyyah. Semua ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal amar makruf dan nahi mungkar.merupakan dalil bahawa hisbah disyariatkan dan dituntut oleh syarak. Al-Quran sebenarnya mengetengahkan soal hisbah dalam pelbagai bentuk. Kadangkala dalam bentuk perintah dan kadangkala dengan cara menjadikan hisbah ini sebagai sifat wajib bagi seorang mukmin atau sebagai faktor yang membawa kebaikan umat Islam. Al-Quran juga meletakkan matlamat untuk memperolehi kuasa dan pemerintahan di muka bumi ini ialah untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Mengabaikan soal ini menjadi punca manusia menerima laknat Allah SWT.
Thursday, August 18, 2011
Saturday, July 2, 2011
Wanita Islam Pembentuk Ummah
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal tarbiah Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dibawah petunjuk Ilahi. Proses tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah. Asas untuk memperbaiki ummah ialah dengan memperbaiki keluarga dan permulaan untuk memperbaiki keluarga ialah dengan memperbaiki wanita.
Friday, June 24, 2011
Saturday, June 18, 2011
Friday, June 17, 2011
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syara'
Muqaddimah
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.
Subscribe to:
Posts (Atom)






