Monday, March 28, 2011

Jadual Mushrif bagi Akhawat Waktu Malam

Pemberitahuan kepada semua mahasiswi Malaysia di sekitar Zagazig, untuk mendapatkan perkhidmatan mushrif di waktu malam bolehlah hubungi terus mana-mana ketua mushrif dikalangan AJKT DPMZ dan AJKT PCZ mengikut hari yang di jadualkan. Ketua mushrif yang ditetapkan, tidak semestinya menjadi mushrif pada hari tersebut dan boleh mendapatkan mushrif dikalangan mahasiswa yang lain sekiranya ada urusan lain. Mushrif hendaklah mematuhi beberapa etika mushrif yang ditetapkan oleh Unit HISBAH bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Kerjasama anda amat dihargai.
 

Sunday, March 27, 2011

Direktori Unit HISBAH DPMZ Sesi 2010/2011

BERANI BERUBAH DEMI MARUAH


Dimaklumkan kepada warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ), sebarang pemberitahuan mengenai HISBAH mahasiswa/wi Malaysia di sekitar Zagazig bolehlah hubungi Ustaz Rosdi Latif (011-3629766) selaku Ketua HISBAH DPMZ sesi ini atau mana-mana AJK HiSBAH. Untuk menangani permasalahan HISBAH yang berlaku, bukanlah terpundak di bahu AJK HISBAH sahaja malahan ditangani bersama yang telah bersyahadah kalimah لا إله إلا الله.  Diharap anda semua dapat memberi kerjasama dan komitmen kepada Unit HISBAH DPMZ. Di bawah ini disertakan direktori Unit HISBAH terkini.

Saturday, March 26, 2011

Ummat Melupai Dirinya




Dengan nam Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak bagi Allah SWT  Tuhan Sekalian Alam yang telah mengutuskan utusanNya Rasulullah SAW dengan membawa petunjuk dan kebenaran serta agama yang benar iaitu Islam sebagai Addeen untuk menzahirkan syari’at dan petunjuk Allah SWT secara menyeluruh walaupun seringkali dicemuh mahupun dihina oleh musuh-musuh Allah SWT yang tidak akan pernah mengenal erti kebenaran dan kebatilan bagi menyesatkan umat islam sehinggalah kita mengikut panduan dan telunjuk mereka, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu sekalian Nabi dan Rasul serta sahabat-sahabat Baginda SAW yang telah berjuang bersama-sama Baginda selama 23 tahun untuk memberikan mutiara-mutiara yang terbaik kepada sekalin manusia.

Friday, March 25, 2011

Amalan Hisbah Di Awal Zaman Islam


Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq)[1]. Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.